Mi Bandung Muar
Mi Bandung Muar

Mi Bandung Muar

Mee Bandung Muar atau sekadar Mi Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional Malaysia yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor.[1][2][3]Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda', 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain.[4] Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).[5] Manakala, daerah Muar diketahui dan dikenali ramai adalah tempat asal-usulnya Mi Bandung.[2][6][7][8]Mi Bandung pada asalnya ketika dahulu adalah masakan gandingan mi kuning dan telur ditambah dengan kuah pekat yang dibuat daripada ramuan campuran cili, bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering.[9] Ia kemudiannya ditambah-baik dengan bahan-bahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran.[3][10] Versi khas ("spesial") telah dihasilkan mengikut peredaran masa dengan penambahan bahan seperti udang galah, udang karang (lobster) atau tulang besar kaki lembu yang dikenali juga sebagai Gear Box.[3][11]Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai 'Mi Bandung Muar' yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia juga termasuk negara jiran Singapura[12][13], namun adalah diakui dan diketahui umum Mi Bandung asli yang berasal dari Muar masih adalah yang terbaik dan terpilih untuk dijamah.[2][3][14][15][16] Ia juga dikatakan adalah kegemaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, mantan Presiden Singapura S R Nathan dan juga cef selebriti antarabangsa serta usahawan restoran Chef Wan.[17]Mi Bandung tidak seharusnya dikelirukan dan disalah-anggapkan berasal atau berkaitan dengan Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada hubungan langsung meskipun namanya serupa digelar sedemikian.[5][18]

Mi Bandung Muar

Dicipta oleh Melayu
Nama alternatif Mee Bandung Muar
Kawasan Johor
Tempat asal Malaysia
Jenis Mi

Rujukan

WikiPedia: Mi Bandung Muar http://animhosnan.blogspot.com/2011/08/mee-bandung... http://us.detiknews.com/index.php/detik.read/tahun... http://www.eatophilia.com/mee-bandung-muar-abu-bak... http://www.mahfudztejani.com/2014/07/di-malaysia-b... http://www.vkeong.com/eat/mee-bandung-muar-abu-bak... http://welovemuar.com/en/food/restaurant/muar-mee-... http://malaysiaguide.com.my/content/view/53/48/ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/makanan... http://resepi.mesra.net/Detailed/766.shtml